| Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. | Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengambil puntung pemukul kepala. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Permata dibalas dengan senjata. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Santan dibalas dengan tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lempar bunga dibalas lempar tahi. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ulat lupakan daun. | Melupakan kebaikan orang kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Campak bunga dibalas dengan campak tahi. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. | Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |