Kebanyakan halilintar kurang hujan. | Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan. | Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cacing menelan naga. | Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naga ditelan ular lidi. | Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah dialahkan oleh pelanduk. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |