Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ba.ngan] | کببڠن

Definisi : berasa susah hendak membuang air besar (air kecil); mati ~ mati kerana tidak dapat keluar (anak yg hendak lahir); gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan prb hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebebangan

Peribahasa

Gajah lalu kumpai layu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah lalu kumpai layu.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas