Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.sa.ran] | کبسرن

Definisi : 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.sa.ran] | کبسرن

Definisi : 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebesaran

Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mencencangkan lading patah.Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Agung susut, pongah masih.Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang kilat dalam kilau.Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencencangkan sesuatu lading yang hilang.Membanggakan kebesaran dan kekayaan yang telah hilang, membanggakan sesuatu yang tak ada harganya sama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Mencencangkan lading patah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.Kebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjungkit-jungkit bagai bilah lantai.Orang yang mengada-ada kerana kekayaan atau kebesaran yang baru diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pinjam kayu ara.Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas