Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebinasaan

Peribahasa

Panjang langkah koyak pesak seluar,
     tinggi loncat tembuk ubun-ubun.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti kapas dimakan api.Kebinasaan yang sangat cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun.Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas