Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : /kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggigit jari (= telunjuk).Kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing kedahuluan.Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjilat keluan bagai kerbau.Kecewa kerana maksudnya tidak tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tikus masuk roman.Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpegang di abu hangat.Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tarik muka dua belas.Kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar, biar naik ke mata.Kecewa. biar = cacing kecil dalam perut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menengadah (= menentang) matahari.Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersabung akan induk ayam (= akan itik).Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut.Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas