Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertanjak baru bertinjau.Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertangga naik, berjanjang turun.Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjanjang naik, bertangga turun.Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikati sama berat, diuji sama merah.Pangkat atau kedudukan yang sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik tangga dari bawah.Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat.Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas