| Seperti kelopak pandan. | Keelokan seorang perempuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti dicanai rupanya. | Keelokan sesuatu benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti emas baru disepuh. | Keelokan seseorang perempuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam mengeram telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam mengarang telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunga kembang menanti layu. | Kecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jauhari juga yang mengenal manikam. | Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |