Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن

Definisi : 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن

Definisi : = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Peribahasa

Seperti rusa masuk kampung.

Bermaksud :

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tercacak bagai lembing tergadai.Tertegun kehairanan; diam termenung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rusa masuk kampung.Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kerbau terkejut oleh gong.Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti rusa masuk kampung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas