| Kehendak kucinglah bertemu dengan panggan. | Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertitah lalu, sembah berlaku. | Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Titah lalu, sembah berlaku. | Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Corak kain mengikut kehendak penenunnya. | Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bubu duduk, jiwaku hilang. | Melawan kehendak orang yang lebih berkuasa daripadanya. bubu = lukah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada terempang peluru oleh lalang. | Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tohok raja tiada dapat dielak(kan). | Kehendak orang yang berkuasa sukar menolaknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersultan di mata, beraja di hati. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beraja di mata, bersultan di hati. | Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beraja di hati, bersultan di mata. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |