Pitis habis keinginan tiba. | Keinginan datang bukan pada tempatnya. pitis = wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nafsu tidak bertepi. | Keinginan hati manusia tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kosong, dibuat gulai. | Keinginan timbul bila dalam kekurangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Gigi tanggal, rawan murah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air. | Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai. | Keinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata. | Keadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |