Bukannya diretak panas. | Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dinding teretas, tangga terpasang. | Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita. | Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai denai gajah lalu. | Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ditempuh gajah lalu. | Pekerjaan atau kejadian yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada kerak, ada nasi. | Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasang pelita dilanggar tikus. | Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sama naik bak gelombang, sama turun bak kapecong. | Dua kejadian yang sama keadaannya. kapecong = buah pucung, kepayang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. | Tiap-tiap kejadian buruk dapat diselesaikan bila kedua belah pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai dirahap kain basah. | Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |