Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tabiat yg biasa dilakukan, peĀ­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar berĀ­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelakuan.

Peribahasa

Usul menunjukkan asal.

Bermaksud :

Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Daun mengenalkan pohonnya.Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebab buah dikenal pohonnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Usul menunjukkan asal.Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buaian diayun anak dicubit.Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab buah dikenal pohonnya.Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun mengenalkan pohonnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bahasa menunjukkan bangsa.Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa.Kelakuan yang tidak senonoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buaian pun digoncang, anak pun dicubit.Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak meluruskan ekor anjing.Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas