Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam I

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kelam disigi, lekung ditinjau.Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelam bagai malam dua puluh tujuh.Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas