Kelam disigi, lekung ditinjau. | Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelam bagai malam dua puluh tujuh. | Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |