Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal.Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. radai = sirip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bembam bukan terung.Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersilat kepada si buta.Menunjukkan kelebihan kepada orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meragakan pakaian cantik kepada si buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti limau masak seulas.Mempunyai kelebihan daripada yang lain (kepandaian atau kekayaan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak.Kelebihan atau kepandaian itu menjadi milik orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging.Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa.Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar tak boleh disangka bapa, kecil tak boleh disangka anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas