Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemahuan,

Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)

639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hati hendak semua jadi.Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tentang lubuk lepas tuba, tentang ikan akan mati.Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pendek dihubung, panjang dikerat.Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati.Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angan lalu, faham tertumbuk.Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau dicocok (= diatur) hidung.Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti garuk dengan sisir.Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makin banyak orang, makin banyak niat.Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas