| Mendapati tanah tersirah. | Berlaku kematian. tanah tersirah = tanah kuburan yang merah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman. | Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. | Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. | Kesedihan kerana kematian kekasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Patah kandar (gandar) di tengah jalan. | Mendapat kemalangan dalam usaha; pekerjaan terhalang kerana kematian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |