Kemudi patah perahu tembuk. | Kemalangan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk. | Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah kemudi perahu hanyut. | Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah kemudi dengan (e)bamnya. | Sudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai kapal patah kemudi. | Hilang pedoman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkatung-katung macam biduk patah kemudi. | Hidup melarat di negeri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |