Bagai ayam kena kepala. | Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik ke rumah bercuci kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis. | Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |