Hilang kilat dalam kilau. | Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergurindam di tengah rimba. | Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak berberas akan ditanak. | Tidak ada kepandaian yang akan dipertunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut. | Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meragakan suara kepada si pekak. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang. | Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meragakan pakaian cantik kepada si buta. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti limau masak seulas. | Mempunyai kelebihan daripada yang lain (kepandaian atau kekayaan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |