Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul. | Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam kepiting jalan. | Orang yang berjalan miring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai kepiting batu. | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Air digenggam tiada tiris). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air digenggam tiada tiris. | Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |