Berkelahi dalam kepuk. | Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang. | Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |