Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keputusan,

Peribahasa

Biar pecah perut,
     bumi merekah.

Bermaksud :

Keputusan yang tegas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bungkalan yang betul.Keputusan yang betul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar pecah perut, bumi merekah.Keputusan yang tegas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati.Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati.Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam, dibubut = dicabut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tentu hitam putihnya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tentu hilir mudiknya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu.Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tentu si upik si buyungnya.Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.Keputusan yang sangat adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat bagai air dalam pembuluh.Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas