Memberi bunga kepada kera (monyet). | Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera menjadi monyet. | Tiada bezanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera menegurkan tahinya. | Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. | Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera (= monyet) kena belacan. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kera diberi kaca. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera dapat bunga. | Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kera diberi kaca). (Bandingkan dengan: a. Memberi bunga kepada kera [monyet]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kodok dapat bunga sekuntum. | Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam kera kelaparan. | Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai kera mendapat pisang. | Sangat gembira. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |