Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rap.ke.rap] | کرڤ٢

Definisi : bunyi spt bunyi orang makan keropok; ®kerup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rap.ke.rap] | کرڤ٢

Definisi : acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerap-kerap

Puisi
 

Saya nak berumah di paya,
     Ada lintah kerap buang;
Saya nak berbini janda,
     Ada perintah cepat buang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana jauk penjauk yang kerap.Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat gajah terdorong.Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut hang lebih daripada gedembai.Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka.Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas