Kerbau menanduk, kerbau pergi. | Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau punya susu, sapi punya nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau pembulang tali. | Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya. membulang = mengikat tali ke kepala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi. | Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik. dimusangi = dimakan musang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan. | Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |