Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(35)

288

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.Bekerja dengan tidak menurut peraturan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat kerja seperti yajud wa majud.Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat kerja seperti Mak Judai.Selalu membengkalaikan pekerjaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting.Malas bekerja tetapi banyak makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedikit kerja, banyak berantun.Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Silang berpangkal, kerja berjunjung.Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan.Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas