| Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri. | Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak umpat yang membunuh, tidak puji yang mengenyang. | Apa yang difikirkan baik terus kerjakan; jangan dihiraukan umpat dan puji orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa tampangnya, itulah tumbuhnya. | Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |