Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih. | Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata satu pertemuan, mata dua perceraian. | Kasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan. | Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |