| Lain orang, lain pendapat. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai si mandul mendapat anak. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai perempuan bunting bertemu idamannya. | Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si mandul mendapat anak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk! | Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. | Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |