| Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam yang terkecundang. | Sangat ketakutan. kecundang = kalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kucing dibawakan lidi. | Sangat ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kambing dalam biduk. | Sangat ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelanduk di dalam cerang. | Dalam ketakutan; sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelanduk di cerang rimba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelanduk di cerang rimba. | Dalam ketakutan; sangat gelisah. cerang = tempat yang terang (sudah ditebang atau sedikit pohon-pohonnya) di dalam rimba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terjerit-jerit bagai babi kena sembelih. | Menjerit ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti polong kena sembur. | Berlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana katak di harung ular. | Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terkesut-kesut bagai anak tidak diakui. | Kemalu-maluan. terkesut-kesut = susah dan ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |