| Usul menunjukkan asal. | Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa menunjukkan bangsa. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mana sungai yang tiada berhulu? | Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersunting bunga keduduk: berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. | Suami isteri yang tidak sama derajat (darjat) keturunannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |