Badak makan anak. | Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ketika gagak putih, bangau hitam. | Kiasan pada zaman yang sudah silam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di waktu garuda alah oleh ular. | Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih pucuk, lebih pelepah? | Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Binatang tahan palu, manusia tahan kias. | Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |