Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. | Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam kikir besi. | Orang kaya yang bakhil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muda diajun, kikir diperbuat. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekel berhabis, lapuk berteduh. | Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangguk kedap orang Kelang. | Terlalu kikir. kedap = rapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana jauk penjauk yang kerap. | Terlalu kikir. jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dunia diadang, saku-saku dijahit. | Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |