Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengincah 1. menggoncang-gon­cang cucian dlm air (utk menghilangkan kotoran), membersihkan (daging dll); 2. men­cuci kemaluan atau pelepasan, mencebok; 3. mengacau (menampar-nampar) air supaya keruh; busuk daging dikincah dimakan, busuk ikan, dibuang prb kalau saudara-mara yg melakukan kesalahan, dicari jalan utk mem­bersihkan namanya, tetapi kalau orang lain, dibiarkan sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengincah menggoncangkan sesuatu yg dibasuh di dlm air supaya hilang kotorannya; membersihkan sesuatu dgn menggoncangkannya di dlm air: Sebusuk-busuk daging, dikincah dimakan juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kincah.

Peribahasa

Sebusuk-busuk daging dikincah,
     dimakan juga;
seharum-harum tulang,
     dibuang.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang.Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas