| Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. | Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gamak-gamak seperti menyambal. | Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |