Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tab] | کتاب

Definisi : Ar 1. buku suci (yg mengandungi perkara­perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah al-Quran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai­-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku; ~-kemitab berbagai-bagai kitab; ~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir; pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tab] | کتاب

Definisi : 1 buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama: Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 2 buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk meramal atau melihat nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kitab
Rujuk :buku

Peribahasa

Surat atas batu,
     tidak akan pupus-pupus.

Bermaksud :

Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Surat atas batu, tidak akan pupus-pupus.Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas