Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.do/.ko.do/] | کودوق٢

Definisi : perkakas pam utk menghisap udara dll, injap pam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodok-kodok

Puisi
 

Anak kodok tepi perigi,
     Buah rambai dalam baldi;
Biar buruk rupa diri,
     Asalkan pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti kodok ditimpa kemarau.

Bermaksud :

Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kodok dapat bunga sekuntum.Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kodok ditimpa kemarau.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertungging bagai kodok dalam lubang.Orang miskin yang jatuh dalam kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasangan tiba di kodok.Perintah yang tak dapat dielakkan lagi. pasangan = kuk; kodok = tengkuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada kubangan yang tak ada kodok.Tidak ada negeri yang tidak ada perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kucing biang.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kodok ditimpa kemarau). biang = induk atau gatal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kucing keguguran anak.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kodok ditimpa kemarau, b. Seperti kucing biang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas