Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.piah] | کوڤياه

Definisi : tutup kepala (spt songkok dll) yg dipakai oleh orang lelaki; berkopiah memakai kopiah: Haji Amin yg ~ putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.piah] | کوڤياه

Definisi : tutup kepala (utk orang lelaki) yg dibuat drpd kain tebal, baldu dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopiah

Peribahasa

Harap hendak melonjak,
     kopiah pesuk.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Destar habis, kopiah luluh.Menderita kemalangan terus-menerus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas