| Perut kosong penggilap otak. | Lapar menyebabkan orang berfikir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perut kosong, dibuat gulai. | Keinginan timbul bila dalam kekurangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tong kosong berbunyi nyaring. | Orang bodoh yang banyak bual-bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meriba puan kosong. | Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjual petai hampa. | Membual; omong kosong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong. | Orang yang sombong banyak cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong. | Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjual tangkai cangkul sekah. | Membual; omong kosong. (Peribahasa lain yang sama makna: Menjual petai hampa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong. | Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti tekek di rumah tinggal (= di rumah kosong). | Amat daif. tekek = tokek. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |