Kuali mengatakan belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buang kuali ambil belanga. | Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan di kuali, habis melompat. | Nasib yang malang. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan digulai sudah melompat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti telinga kuali. | Tiada mahu mendengar nasihat orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bertanak di kuali. | Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali. | Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. | Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata periuk belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Periuk mengumpat belanga. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali. | Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |