Bagai kuau mengigal (= menyesar). | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati kuang kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau. | Pendapat yang bermacam-macam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tupai bergelut. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti elang menyongsong angin. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbelok kucing main daun. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing main daun. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasturi mati kerana baunya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |