Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : otot di lengan atau di kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing-kucing

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang.Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi.Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kodok ditimpa kemarau.Berkeluh kesah tak tentu sebab. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti kucing biang, b. Seperti kucing keguguran anak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga.Pembawaan yang tidak dapat diubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing tidur di bantai.Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing takut akan balur.Lelaki yang takut kepada perempuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing menjemput api.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing lepas senja.Sukar dicari; merasa senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing kehilangan anak.Kehilangan akal; bingung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas