| Kumbang terbang tak bersaing. | Terlalu cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu. | Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana kumbang putus tali. | Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. | Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau bunga bukan [= tidak] sekuntum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunyi semacam kumbang menyeri bunga. | Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman. | Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak. | Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang. | Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. | Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. kayu lempung = kayu ringan dan lunak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang. | Perawan tua tidak dipinang orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |