[kun.dur] | کوندور
Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kun.dur] | کوندور
Definisi : nama sj herba atau buahnya (pokoknya menjalar dan buahnya boleh dimakan), Benincasa cerifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)