Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan laut; a) Lutjanus spp.; b) kuning-kuning, Lutjanus letianus; c) kuning­kuning, remung, Lutjanus lineolatus; d) kuning-kuning, tanda, Lutjanus kasmira; e) kuning-kuning, tanda jalur, Lutjanus fulviflamma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunyit-kunyit I

Puisi
 

Nasi kunyit tinggi berdiri,
     Mari makan di atas meja;
Dari jauh hamba ke mari,
     Untuk berjumpa sahabat semata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak resan kunyit,
     resan serai.

Bermaksud :

Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebagai kunyit dengan kapur.Mudah dan lekas mesra.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak resan kunyit, resan serai.Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit.Apabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menguningkan kunyit sendiri.Suka memuji-muji diri sendiri. (Biasa juga: Mengepit daun kunyit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang.Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur.Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas