Kura-kura pandai kerabat kayu. | Berbuat sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Kura-kura [hendak] memanjat kayu. kerabat = panjat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya. | Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura kakinya tiada basah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura (hendak) memanjat kayu. | Berbuat sesuatu yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. | Bertanya sesuatu yang sudah diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kura-kura di atas dahan. | Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kura-kura telentang. | Orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. | Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |