Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang kerat, rengkuh yang lebih. | Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. | Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak berperut lipat. | Kurang pertimbangan atau kurang fikiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan. | Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar kurang garang asal lebih gaya. | Menunjuk-nunjukkan diri sekalipun penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih. | Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. | Cukup mempunyai segala yang diperlukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |