| Memperlihatkan kurus tidak berbaju. | Membuka rahsia diri sendiri kepada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Awak kurus daging menimbun. | Orang kaya yang berpura-pura miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik. | Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang. | Kurus sekali kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai anjing beranak enam. | Kurus sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggal tulang dengan kulit. | Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut tulang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggal kulit pemalut tulang. | Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggal jangat pemalut tulang. | Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai belut diregang. | Tinggi dan kurus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut. | Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |